Pacific @ Megamall Penang, tempat tumpuan masyarakat setempat untuk membeli-belah dan macam-macam lagi. Tips, kalau korang datang dari Ipoh, KL ataupun Johor ke yang menggunakan PLUS Highway Utara-Selatan, lepas je tol Juru tu, korang tengok papan tanda susur keluar ke Butterwoth. Korang amik laluan tuh. Sure korang akan nampak betapa tersergam indahnya Megamall Penang ni. Macam-macam ada kat Megamall Penang ni.
Bukan setakat hypermarket Pacific je, Mega Cineplex ada, Bowling Mega Lanes ada, Popular Book Store pun ada. Dan macam-macam lagi lah. Kedai handphone jangan cakap la. Kalau nak beli baju untuk anak-anak boleh le try beli kat sini. Tapi jangan le gi gasak kat dalam Pacific tu. Mahei. Stall-stall kecik ada, tapi kena rajin le survey sikit. Kalau nak makan, jangan risau. Nasi Kandar pun ada, Nasi campur pun ada. KFC, McDonald's tu kira standard le. Pizza Hut pun ada. Coffee Bean pun ada. Old Town pun ada. So, takyah le pening sangat. Surau memang dah disediakan. Apa lagi yang menarik kat sini? Kepada pemborong dan peniaga barangan dan aksesori handphone, korang boleh dapatkan aksesori tu kat sini. Untuk wholesaler saja. Kalau nak beli untuk kegunaan persendirian, rentikan lah. Memang tak dijual.
Harga barang-barang kat sini, idak le mahal sangat. Kira consider bertimbang rasa le jugak. Kalau nak compare kat sesetangah tempat tu. Macam melampau pulak. Malam lagi meriah kat sini. Apa tidaknye, tu ha segala Discotech le, Karaoke le, Pub and Lounge nye. Silap-silap boleh kena "Earthquake" ooo. Bala. Kalau nak cari aksesori komputer, perisian komputer dan macam-macam komputer lagi la, pun boleh datang kat sini. Ada PC Depot untuk nak beli PC/Notebook dan laptop murah. Kalau dah sampai Penang ni, singgah-singgah le Megamall Pinang ni ye.
0 comments:
Post a Comment