Friday, February 18, 2011

My Penang Project: Padang Kota Lama (Fort Cornwallis)


Udah macam kat London. Eh! dak, dak, bukan kat London, ni cuma kat Padang Kota Lama (Fort Cornwallis). Tempat ni sangat masyhur. Kalau sapa tak tau tempat ni, nampak sangat tak pernah amik tau pasal Penang ni. Hat tercongok mengah tu, kira batu asas la. Betul ke batu asas? Seek for your self. Hehehe!!! Padang Kota ni sangat terkenal dengan suasana yang menarik. Selain ada tapak sejarah atau boleh kata macam kubu peninggalan tentera British, kat sini gak, Sir Francis Light telah mengibarkan bendera Union Jack yang menjadi medan pertahanan tentera British pada suatu ketika. Kalau korang pandu lalu masuk, korang masih boleh tengok meriam-meriam yang masih utuh megah berada kat atas kubu tuh. Kalau dapat peluang masuk kat dalam tuh, lagi banyak bahan sejarah yang boleh korang tengok. Macam biasa le, masuk kena la bayar.

Selain tempat bersejarah, di sekeliling Padang Kota Lama, terdapat beberapa pejabat yang patut korang lawat. Antaranya, Town Hall, Dewan Sri Pinang dan City Hall yang menjadi pusat informasi kat situ. Lagi? Kalau korang nak pusing-pusing kawasan tu, korang boleh la naik beca. Macam kat gambar tuh! Meriah, jangan cakap la. Baru le YEVAH! RANCAK! YARIBBA!. Beca kat sini, dah di'upgrade' dari masa ke semasa. Kalau dulu, beca kosong saja, tapi la ni, macam-macam ada. Tinggal tak dak WiFi ja lagi. Kat Padang Kota Lama, beca tak susah nak cari. Semua dok 'park' bawah pokok ja. Pandai-pandai la korang adjust.

Selain, pemandangan yang cantik, angin yang menyegarkan, pastinya makanan yang menjadi pilihan. Terlalu banyak pilihan makanan kat sini. Pasembur, rojak, laksa dan macam-macam lagi. Kerang bakar selalunya menjadi pilihan pengunjung. Nak kata mahal sangat tu tak le sangat. Tapi kira consider le dengan kenaikan harga barang sekarang ni, kira selari dengan arus pembangunan. Kalau dah sampai kat sini tuh, jangan lupa le singgah dan pekena apa yang patut. Memang best. Anyway, banyak lagi tempat yang blogger nak exposed, (blogger pun tak sempat nak gi memana, komitmen dengan keje, sampai kelas hujung minggu pun selalu kantoi), cari rezeki. 


Tudia, cucoq udang ada, fishball, fishcake, ubi kentang, telur rebus dan macam-macam lagi. Ni baru betul punya cucuq udang. Mai la pekena. Mesti tidoq tak lena, dok ingat aromanya, siang malam dok ternga-nga.

1 comments:

Rahmat said...

nampak elok pemandangan disana,
cinta penang
:-)
l O v E

Post a Comment