Thursday, February 17, 2011

My Penang Project: Jambatan Pulau Pinang (Penang Bridge)

Mungkin ramai yang dah tau, mungkin ramai juga yang tak tau atau mungkin ramai yang saja-saja buat tak tau akan kewujudan Jambatan Pulau Pinang ni. Pada blogger, Jambatan Pulau Pinang ini merupakan nadi penggerak ekonomi Pulau Pinang. Hanya pendapat blogger saja. Pasal apa blogger kata macam tu? Apa yang blogger nampak dan lihat, Jambatan Pulau Pinang ni merupakan infrastruktur utama dalam membangunkan ekonomi setempat. 

Dibina pada tahun 1982 dan siap sepenuhnya pada 1985, Jambatan Pulau Pinang menjadi kebanggan rakyat Pulau Pinang apabila diishtiharkan Jambatan yang terpanjang di Asia. Dan apabila Jambatan ini dibuka sepenuhnya, peluang pekerjaan yang berada di Pulau Pinang bukan saja boleh dinikmati oleh rakyat setempat, malah peluang juga terbuka luas kepada masyarakat dari seluruh negeri di Malaysia. Selain menarik minat pelabur asing untuk melabur di Pulau Pinang.

Apa lagi yang menarik tentang Jambatan Pulau Pinang? Menjadi syurga kepada peminat dan pencinta alam. Kerana apa? Kerana pemandangan yang cantik dapat dilihat terus dari Jambatan Pulau Pinang. Tengok contoh sebelah le. Gambar ini blogger snap sewaktu perjalanan pulang ke rumah selepas waktu kerja. Bukan blogger saja, malah ramai lagi peminat seni photography tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil snap yang cantik dan menarik. Hanya dapat dilihat dari Jambatan Pulau Pinang.

Jambatan Pulau Pinang juga merupakan laluan utama kepada pengangkutan komersil bagi tujuan pengeskportan dan pengimportan. Hasil pengeluaran dari Pulau Pinang dapat dihantar ke pelabuhan di Butterworth lebih cepat dan begitu juga sebaliknya. Menghubungkan pusat komersil antara Terminal Pelabuhan di Butterworth dan Terminal Kargo Udara di Bayan Lepas. 

Info: Panjang Jambatan Pulau Pinang adalah 13.5KM (8.4KM merentasi laut)
Dibuka: 1985
Menghubungkan Seberang Perai, Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Lim Chong Eu (Jelutong Expressway) dan Bayan Lepas hingga ke Batu Maung.







0 comments:

Post a Comment