Thursday, February 17, 2011

My Penang Project: Jamu Selera Juru

Waktu makan lagi! Okeh! Tempat paling femes dan blogger sangat suka makan kat sini. Tapi tak la sampai tiap-tiap hari nak datang makan kat sini. Boleh parah poket. Haha, cedera parah ooo. Nama kedai pun Jamu Selera, pasti sapa-sapa yang datang kat sini akan menjamu selera dengan penuh SELERAnya. Mai kita jalan-jalan cari makan kat Juru pulak. Anyway, Juru ni bukan kat pulau, Juru ni kira kawasan seberang perai. Dalam negeri Pulau Pinang. Kira memang tak lari dari konsep awal dan tujuan blogger dalam mempromosikan Pulau Pinang.
Macamana nak gi sana? Mudah saje. Kalau yang datang dari KL, lepas je tol Juru, korang amik susur keluar dekat Juru Autocity, then amik kiri, korang akan jumpa simpang 3, korang amik susur kiri lagi then straight je, sampai jumpa simpang 4, korang amik kanan dan terus saja. Sekali lagi korang akan jumpa simpang 3, korang amik kanan (lepas sini korang kena drive pelan-pelan, slow and steady), korang tengok sebelah kanan. Korang akan nampak signboard yang macam kat atas tuh. Kepada yang datang dari Alor Setar ke Perlis ke, Korang amik susur keluar ke Bukit Mertajam (sebelum sampai tol Juru, dekat Autocity), korang amik le kanan, lampu trafik ke-3, korang amik kiri, then perjalan sama macam yang kat atas.

Makanan yang femes? Banyak. Tapi yang paling menyelerakan tu ha, Nasi Goreng KETAM dan Nasi Goreng UDANG. Korang tengokle gambar yang blogger attached tu. Fuh! Fuh! Fuh! Mau terangkat bulu kening ni. Harga? Korang jangan risau. Tak sampai RM5/= pun untuk sepinggan Nasi Goreng KETAM tu, sama le jugak dengan Nasi Goreng Udang. Norman dan Abby pun pernah makan kat situ. Kalau korang sampai kat sana, korang cuba tengok kat cermin kaunter tuh. Pasti korang akan nampak gambar tuh. 

Macamana? Berselera tak? Hehehe! Mak aiii! Kecur air liur. Korang pun boleh juga order Mee Udang, Mee Ketam ataupun sewaktu dengannya. So, kalau nak try semua jenis makanan pun boleh. Kalau waktu malam lagi meriah. Lagi pelbagai makanan ada. Satay pun ada. Dan macam-macam lagi le. So, bila dah sampai Penang (Pulau Pinang) ni, boleh le jadikan Gerai Jamu Selera ni tersenarai dalam diari dan event korang. Jadikan juga tempat ini sebagai persinggahan untuk menjamu selera di Gerai Jamu Selera Juru. Moh kite ke sana.




0 comments:

Post a Comment