Friday, February 18, 2011

My Penang Project: Boria Warisan Pulau Pinang



 Tu dia, depa mai dah. Sebagai penduduk Pulau Pinang, mesti tau pasal Boria. Kadang-kadang tau sebut saja, tapi depa tak perasan yang Boria tu salah satu daripada warisan seni yang ada kat Pulau Pinang. Boria ni bukan tak glemer, glemer tu mat. Mana taknya, bila kita tengok pakaian yang kita pakai sama dengan orang lain, spontan je keluaq ayat ni, "macam Boria". Maknanya, memang orang tau. Pada blogger pulak, blogger suka Boria sebab ada sketsa yang kelakar selain lirik lagu rangkap yang banyak memberi pengajaran. Itu tujuan asal Boria.

Info sikit pasal Boria, nak kata teater pun bukan, tapi lebih kepada macam drama pentas la memang sangat popular di Malaysia terutama kot belah Utara Malaysia especially Pulau Pinang. Kalau ikut sejarah, boria ni dikaitkan dengan Peristiwa Karbala di Parsi. Bawak mai ke sini, melalui pedagang-pedagang Parsi la kot. Boria mesti ada dua segmen, iaitu sketsa dan nyanyian. Kalau dok tengok gambar kat atas tu, sketsa la. Pie, Omar dan Sharifah. 

Buat masa la ni, tinggal sorang saja yang dok aktif mempromosi Boria. Tu la Pak Omar kita, gambar-gambar ni semua pun diambil masa Suarasa TV9 hari tu kat Queensbay. Kalau nak tau lebih lanjut pasal Boria dan Pak Omar, boleh pi jengok-jengok blog Warisan Boria. Segala aktiviti dan info semasa pasal Boria dan pelbagai info yang mungkin akan menarik minat pembaca. Pada blogger pula, segala informasi pasal Boria blogger akan berhubung terus dengan penggiatnya sendiri.

Gambar: kredit kepada Warisan Boria
Kredit juga kepada Pak Omar



0 comments:

Post a Comment