Thursday, February 17, 2011

My Penang Project: Tari Cafe - Tanjong Tokong

Aha...Pe makanan ni? Western food ni. Chicken Chop ni. Fuh! Kena pulak pure black pepper sauce, jangan cakap le. Memang sempoi. Jarang nak makan menda-menda macam ni bila sesekali jumpa, "cempera" la sikit. Chewi!!! Nasib baik tak ghaplah jingga. Location? Tari Cafe - Tg Tokong. Blogger pun tak berapa tau sangat jalan nak pi sana. Biasa le, jadi penumpang saja. Mana-mana dreba bawak, blogger ikut saja. Blogger bukan nak belagak ka eksen ka, tapi memang blogger kurang dan jarang makan. Takut mahei. Tapi Prosperity Burger McDonald's tu, blogger gasak sampai meleleh air mata. Tak pulak nak chewi. Mungkin sebab dah jadi formal kot. Lagi pulak, McDonald's tu merata ada. Siap ada delivery service. Call saja, depa nanti mai hantaq. Just share la kan. Mungkin boleh jadi inspira kepada pelawat bila mai Penang.
Ok, Tari Cafe ni, bukan saja menyediakan western food, tomyam pun ada dan masakan melayu. Asalnya Tari Cafe ni stall burger ja. Then depa terus expand business dari makanan asal, burger dan sekarang dah ada multiple favors. Ada Mee Udang, Mee Jawa, burger dan pelbagai lagi. Masa blogger makan hari tu, memang sedap. Berbaloi dengan harga. Mahei sikit tapi memang puas. Sekarang ni Tari Cafe dah ada WiFi. So, dah selari dengan arus pembangunan.
Lokasi: Dekat kondominium Leasure Bay, kat Tanjong Tokong. So, kalau korang nak ke  Batu Feringghi dari Gurney Drive, korang akan nampak Tari Cafe. Rumah Melayu yang dah diubahsuai dijadikan restoren berkonsepkan rumah melayu. Mai la try... 


0 comments:

Post a Comment