Monday, May 16, 2011

My Penang Project: Masjid Kapitan Keling & Nasi Kandar Beratur

 
Kebetulan dah ada koleksi gambar Masjid Kapitan Kling, so meh kiter citer sikit hal ehwal pasal Masjid ni sikit.
Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.
Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid. Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.
Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya. Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.

Menara ni kat depan Masjid tu je, memang cerah.
Kat sebelah Masjid tu ada le Restoren Kecil yang orang panggil Nasi Kandar Beratur. Memang famous kat Penang ni. So, kalau dah sampai kat sini boleh le pekena sekali Nasi Kandar ni.

Klasiko de Basikalo....



Posted by Picasa