Monday, February 28, 2011

My Penang Project: Butterworth - Teluk Intan

Catatan perjalanan blogger sewaktu pulang ke kampung kat Changkat Lada, Teluk Intan Perak. So, takde le kena mengena sangat pasal Penang. Tapi disebabkan gambar ni blogger snap guna Samsung Omnia, blogger masukkan juga le, at least My Samsung, My Travel & Vision tu ada le relevannya. Bermula dengan Penang Central kat Butterworth, memang semakin sibuk dengan bas yang keluar masuk. Main central untuk pelancong yang tiba ke Pulau Pinang dan merancang destinasi seterusnya. Selalunya blogger balik kampung via Transnasional. Bukan apa, blogger rasa selesa. Kalau nak booked ticket online, nak check harga dan nak check travel schedule, korang boleh check kat sini : TRANSNASIONAL


Ni ada sekumpulan penunggang motosikal mini. Rasanya penunggang Ipoh ni. Waktu ni, bas yang blogger naik ni singgah isi minyak kat Ipoh. Lagi pulak, waktu ni la penumpang nak menunaikan hajat yang tersimpan. Termasuk le blogger. Teman tertarik dengan motosikal ni. Ntah le, macam meriah je. Haha! Memang meriah. Bingit dowh!
 Yang ni kira mercu tanda Teluk Intan le. Kalau siapa tak tau pasal Menara Condong ni, aku pun tak tau le nak cakap pe. Terletak kat tengah-tengah Bandar Teluk Intan. Kalau siapa-siapa yang datang ke Teluk Intan, boleh le amik masa lepak kat menara tuh. Amik angin pekan. Haha! Info sikit pasal Menara Condong Teluk Intan ni: Kalau dulu bangunan ni orang panggil Jam Tinggi. Dibina pada tahun 1885. Pada awal pembinaannya adalah untuk dijadikan tangki air sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir dan sebagainya. Asalnya bagnunan ni tegak. Arkiteknya adalah Leong Choon Cheong. Tapi bila kena banjir besar sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1889 dan 1895, struktur bangunan mula condong. Tu yang kekal sampai hari ni. Dan pelbagai kisah lain lagi yang menjadikan menara ini sesuatu yang unik yang terdapat di Malaysia.

Ni ha, stesen bas lama kat bandar Teluk Intan. Sekarang ni lokasinya dah berubah. Kalau dulu, kat situ le pusat segala bas yang keluar masuk Teluk Intan. Di kenali sebagai Stesen Bas Bersatu Teluk Intan Sendirian Berhad, sekarang ni tinggal beberapa syarikat bas saja yang masih menggunapakai stesen bas ni. Kalau bas persiaran, express semua dah berpindah ke stesen bas Bandar Baru Teluk Intan. Macam gambar kat bawah ni. Bas-bas domestik juga dah berpindah operasi ke stesen bas yang baru. Suasana lebih selesa dan lebih lapang. Beberapa hari kat kampung, sempat le blogger snap beberapa tempat yang menarik. Ini termasuk tempat bersejarah Pasir Salak dan suasana kampung blogger yang sangat mendamaikan.
 Stesen bas yang baru di kenali sebagi Terminal Intan yang terletak di Bandar Baru Teluk Intan.
 Replika buah-buahan tempatan boleh dilihat di tepi jalan berdekatan dengan lampu trafik yang terletak di tengah-tengah Bandar Teluk Intan, selain replika buah-buahan, terdapat juga replika menara condong Teluk Intan. Udah sampei sini tu jangan le lupe pekena Mee Rebus Mastan Ghani.

0 comments:

Post a Comment