Friday, February 25, 2011

My Penang Project: Shop-in d' PARK - Juru Autocity

Puas dok pikiaq kat mana la aku nak pi pulak lepas ni? Macam biasa la, mau dok pening kepala la dua tiga hari. Haha, kebetulan siang tadi blogger gi setel hutang piutang dengan beberapa buah bank, blogger pun amik la kesempatan meronda. Kebetulan pula blogger kena bayar kat Autocity Juru. Masa dalam perjalanan balik tu, blogger belok sikit ke belakang tu, sebab blogger memang nak gi amik gambar kat Shop-in d' PARK tu...Hahaha! Tu dia, dua ekoq 'PREDATORS' dok jaga pintu masuk ke shop-in d' park tu. Fuh!! Apa lagi, peluang dok depan mata. 

Info sikit pasal Shop-in d' Park, buka setiap hari dari jam 5pm - 12am. Pada yang berminat dengan pelbagai jenis pakaian boleh le datang ke sini. Memang banyak sangat pilihan. Kebanyakkan pakaian semua direct dari kilang. Ada butik dan juga pelbagai. Harga? Nak kata murah sangat tu idak le sangat. Tapi boleh la. Boleh consider le. Cuma kemeriahan tu jangan cakap la. Kalau nak tengok scenario yang blogger bagitau tu boleh le click sini: Shop-in d' PARK


Ni le rupa penjaga pintu masuk tu. Ganas giler rupe. Tapi menarik sangat. Blogger tak berkesempatan tengok macamana rupa pada waktu malam. Sure lagi meriah kan? Anyway, blogger pasti akan terjah juga dalam masa terdekat ni. Menggunakan icon Alien vs Predators, fuh! Mau meriah. Limited edition je kot ni. Sapa-sapa yang berpeluang gi sana tu, cepat-cepat le amik gambor tuh. Lepas ni mungkin diorang letak menda lain pulak.


 Satu lagi karektor Aliens vs Predators

Pintu masuk ke Shop-in d' PARK, Autocity Juru.

0 comments:

Post a Comment