Thursday, July 12, 2012

Boria Asli Berarak di Sambutan Georgetown Festival kali ke 4








Sempena sambutan perayaan Georgetown Bandar Warisan Dunia kali ke 4 yang telah berlangsung selama sebulan di Georgetown, pelbagai acara kebudayaan dan kesenian telah diadakan. Persembahan Boria juga tidak pernah dipinggirkan di setiap kali sambutan diadakan. Kali ini ialah persembahan Boria Asli dengan tajuk Jawi Peranakan di Pulau Pinang.

Pada petang hingga ke malam 7 Julai 2012, kumpulan Boria gabungan Budayasari dan Boria Asli Nasional telah memeriahkan acara dengan persembahan boria di sepanjang beberapa batang jalan di Georgetown secara berararak. Penonton yang terdiri dari pelancong luar negera dan penduduk tempatan telah memberikan sambutan hebat dan meriah.










Monday, July 9, 2012

MINUS ONE BORIA Boleh Ditempah atau Beli Yang Sedia Ada

 

MINUS ONE BORIA BOLEH DITEMPAH ATAU BELI YANG SEDIA ADA

Kepada anda semua yang ingin dapatkan muzik minus one dan contoh melodi lagu boria, sila hubungi saya Omara di talian 013-4220091 atau email - omara353535@hotmail.com


View article...

Monday, July 2, 2012

Boria UBAT di Karnival Farmasi Pulau Pinang 2012

Ihsan Omar Hashim Omara.

 


 Boria Budayasari meriahkan Karnival Farmasi Pulau Pinang 2012 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri dan Persatuan Farmasi Malaysia di Jusco Bandar Perda, Seberang Perai Jun 2012.

Boria Budayasari pimpinan Zaini Man dan Rohaya Ayub, Tukang Karang Hafizi Jie, Rangkap Karangan Omar Hashim Omara, Sketsa Chop, Sharifah dan Omara serta barisan sailor Budayasari.

Tajuk: UBAT


View article...

Thursday, June 28, 2012

Sekitar Persediaan dan Pengambaran DVD Boria Kanak-Kanak DBP SK Bandar Baru Perda














Sekitar persediaan dan pengambaran Boria Kanak-Kanak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur SK Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Lagu 1 - Kisah Pak Pandir, Lagu 2 - Musim Buah-Buahan. Persediaan awal dua minggu, rakaman 1 hari dan pengambaran selama 2 hari. Lokasi sekitar SK Bandar Baru Perda, Pinggiran Bandar Perda dan juga di gerai buah-buahan FAMA, Merbau Kudong, Sungai Dua, Seberang Perai.

View article...

Monday, May 16, 2011

My Penang Project: Masjid Kapitan Keling & Nasi Kandar Beratur

 
Kebetulan dah ada koleksi gambar Masjid Kapitan Kling, so meh kiter citer sikit hal ehwal pasal Masjid ni sikit.
Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.
Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid. Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.
Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya. Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.

Menara ni kat depan Masjid tu je, memang cerah.
Kat sebelah Masjid tu ada le Restoren Kecil yang orang panggil Nasi Kandar Beratur. Memang famous kat Penang ni. So, kalau dah sampai kat sini boleh le pekena sekali Nasi Kandar ni.

Klasiko de Basikalo....



Posted by Picasa

Tuesday, April 26, 2011

Hurry! DiGi's giving away Honda City and iPad EACH WEEK. That's right. And all you need is just one subscription! Try today! #DiGiSenang2Menang

Hurry! DiGi's giving away Honda City and iPad EACH WEEK. That's right. And all you need is just one subscription! Try today! #DiGiSenang2Menang

Monday, April 18, 2011

My Penang Project: Laksa Buyong Kak Noor, Penang

Saja nak ubah selera sikit. Kali ni, saya bawak korang semua menikmati makanan istimewa kat Penang ni. Laksa Buyong ni memang top kat area Penang ni. Kalau korang dah datang sini tak salah kalau mai pekena sekali Laksa ni.

 Gerai ni terletak di Area Bukit Jambul, kalau yang datang menginap kat Vistana Hotel Penang ni, boleh le meh pekena. Sebab Astaka makanan tersebut terletak di belakang Hotel Vistana tu ja. Cer tengok Kompleks Lebuh Nipah tuh, gerai Laksa Buyong Kak Noor tu terletak kat situ la.
 Kain rentang mercu tanda Laksa Buyong Kak Noor Penang.
 Special made dengan menggunakan buyong. Baru betul-betul Laksa Buyong.
Lokasi: Belakang Vistana Hotel. Terletak di Komplek Lebuh Nipah. Meh le try pekena....

Gambar: Kredit untuk Encik Zuls Burger Penang