Wednesday, March 9, 2011

My Penang Project: Nasi Kandar

Tu dia, dok habaq mai. Nasi Kandaq, lepas kena mesti tersandaq, orang lalu pun tak sedaq. Kena kalu macam ni, mau 2 3 hari tangan dok bau kari. Terangkat jangan habaq la. Aroma dan Aura Nasi Kandar ni dah macam inspirasi kat semua pengusaha restoren. Kat Pulau Pinang ni saja, mau beratus gak restoren Nasi Kandar. Kalau kat Seberang Prai ni, Nasmir kat Autocity ngan Bandar PERDA kira habis dasat la. Lain-lain ada lagi. Penang? Jangan dok cerita la. Merata corok ada. Sampai tak tau nak pilih. Yang best, setiap restoren Nasi Kandar ada trademark® tersendiri. 

Biasalah, sure ada yang special kira paten restoren. 
Meh le kita share sikit info pasal Nasi Kandar ni. Asal Nasi Kandar ni kalau ikut salasilah bermula di Pulau Pinang. Kira hidangan nasi kukus yang dihidangkan bersama kuah kari campur. Variasi kari dan hidangan sampingan. Nama Nasi Kandar tu asalnya kalau ikut cerita orang tua-tua, timbul apabila terlihat penjaja yang mengandar tiang yang ada dua bekas nasi. Tu yang dapat nama Nasi Kandar.  Macam biasa le, pelopor kepada restoren Nasi Kandar terdiri daripada masyarakat "India Muslim". Tak sah kalau makan Nasi Kandar tanpa menu utama iaitu kari campur. Hahaha! Hat lain, aku malas nak cerita. (cer cerita, cer crita...). Lauk yang sangat popular, ayam dan daging bersama sayur kobis. Pergh! yang penting..Kuah campurnya...

Kalau mai Penang, tak pekena nasi kandar, ish! ish! tak cukup syarat. Antara yang paling popular, Nana Nasi Kandar (Kampung Jawa, Bayan Lepas), Makbul, Kassim Mustafa dan Pelita (Jalan Tengah, Bayan Baru), Nasi Beratur (Kapitan Keling, Georgetown), Deen (Jelutong), Nasmir (Autocity Juru, Bandar Perda), Dinas (Batu Maung, Bayan Lepas), Zamrud (Bayan Baru) dan Nasi Kandar Berlian (Taman Nagasari, Prai). Ini kira hat top ranking la. Ada banyak lagi macam Subaidah, Shariff, Jamal dan macam-macam lagi la. Make sure jangan silap pi masuk restoren pulak. Kang naya ja. Dalam paper pun dok heboh sakan pasal kes "halalan thoiyiban". Kena gak berhati-hati. 

Pesan member-member, nak tau restoren tu hak milik Muslim ke tak, tengok pada hidangan yang ada, kalau tak ada kari daging lembu tuh, kira buat la pertimbangan sendiri. Blogger pulak, selalu gi lepak kat Nana Nasi Kandar. Sebab dia punya ayam bawang...pergh!! Mau meleleh ayaq liouq. Hahaha! So...Apa dok tunggu lagi? Mai La Pekena...Pasti Tidoq Lena, Tangan dok bau kari tak hilang punya. 


0 comments:

Post a Comment