Saturday, March 5, 2011

My Penang Project: Motor Fair - Queensbay Mall

Hehehe.. Siang tadi blogger sempat gi "rushing" ke Queensbay Mall, sebab nak tengok Motor Fair ni. Tapi tidak le semeriah Auto Show kat Juru Autocity tuh. Tapi cam biasa la, yang menarik perhatian semestinya awek/amoi yang jadi model kat kereta yang dipamerkan. Blogger pula? Sebenarnya blogger nak cari bahan untuk blog MyPenang-Project ni. Walaupun ada beberapa 'material' yang blogger standby, tapi blogger nak juga selang-seli dengan event semasa bagi nampak blog tu fresh dan sentiasa dikemaskini dengan current activity. Kebetulan pula Queensbay ada buat Motor Fair sampai esok (6/3/11). Last day. So, di kesempatan yang ada, blogger amik peluang ni untuk snap sebanyak mungkin foto kereta yang menarik. 

Cuma nak ingatkan, blogger bukan mampu nak beli Nikon ke, Canon ke DSLR ke, memang tak mampu. Dengan berbekalkan Samsung Omnia blogger, tu je yang mampu. Meh blogger citer sikit pasal Queensbay Mall ni. Seingat blogger la, Project ni lama terbengkalai, gara-gara pemecatan DSAI. Lepas pemecatan tu, terus project bangunan terbengkalai. Tapi belum dapat nama Queensbay lagi. Agak beberapa tahun, baru la project tu dibangunkan semula. Tahun 2006, Queensbay mula beroperasi untuk bisnes dan kepelbagaian. Secara ringkas, Queensbay Mall merupakan antara Mall yang terbesar, terpanjang dan antara Mall yang termoden yang di Penang. Anggaran keluasan 2.5juta kaki persegi dan lebar melebihi 1juta kaki persegi. Terletak di Bayan Lepas, hanya beberapa minit dari Jambatan Pulau Pinang dan menghadap ke laut. Sungguh menarik. Kalau yang suka menikmati keindahan alam semulajadi. Korang boleh le datang ke Queensbay. 

Antara kereta yang dipamerkan di Queensbay Motor Show. So, esok dah last day. Mai la ramai-ramai ke Queensbay tengok Motor Fair ni. Pasti menarik.

0 comments:

Post a Comment