Sebagaimana yang semua orang dah maklum, Festival Boria 1Malaysia akan diadakan di sebuah perkampungan yang sangat indah menarik tertarik kau memang da' bomb iaitu Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pada 29hb April - 1hb Mei, 2011.Jam 10pagi sampai lah ke malam (lebih kurang 11malam kot) kalau ikut depa dok promosi la kan. Kategori? Ada 3 kategori, Kanak-kanak bawah umur 12 tahun (7-12 saja), bawah pada 7 tahun, tak ada ye. Harap maklum. Kategori REMAJA (hat ni yang depa dok fokus ni) yang berumur bawah 20 tahun (13-20 sajeee), kategori dewasa (veteren sekali la kot) 16 tahun ke atas
Info dan maklumat lanjut boleh la klik pada gambar-gambar tu semua. Cuma saya masih tak boleh nak tahan ada satu ayat....Yevah! Rancak! Yaribba!.....Ayat ni kan, membuatkan saya teringat kat rakan FB yang menggunakan nickname
Festival Boria 1Malaysia ini adalah kerjasama di antara Kementerian Penerangan dan Komunikasi Malaysia dan di bawah kelolan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang.

0 comments:
Post a Comment