Saturday, March 19, 2011

My Penang Project: Park N Ride Program


Just nak share dengan semua la aktiviti terkini yang berlaku kat Penang ni. Mulai entri ni jugak tak dak lagi dah kata nama blogger. Nak tukaq pakai saya pulak. Hahaha, selalu dok tersasul, lepas tu macam chewi la sikit kan. Ok, saya pun malas nak buang masa banyak-banyak. Sebab la pun dah habis masa banyak kat dalam bas ni. Sebut pasal bas ni kan, saya nak crtita (cer citer, cer citer) pasal program park n ride ni.

Program park n ride ni kira projek ekperimentasi Kerajaan Pulau Pinang dengan usahasama Rapid Penang dalam menyediakan perkhidmatan bas shutle dari Seberang Perai ke kawasan perindustrian Bayan Lepas. Yang bestnya pulak, perkhidmatan percuma. So sapa-sapa yang bekerja kat Bayan Lepas mungkin boleh pertimbangkan lah kalau nak guna bas shutle ni. Tapi buat masa sekarang ni belum ada tempat parking yang khusus la. Saya pun parking kat sebelah Restoren Nasi Kandar Kassim Mustafa ja. Perkhidmatan ni kira mencakupi hampir kesemua kawasan perindustrian Bayan Lepas ini termasuk Fasa 1,2,3 dan 4. Operasi pulak ada dua sesi. Sesi pagi yang bermula pada jam 5.30am dari Sunway Carnival sampai jam 8.30am. Sesi petang pulak bermula jam 4.30pm dari Bukit Jambul sampai la jam 7.30pm.  Kalau tengok pada jadual perjalanan tu, advantage kepada yang kerja pagi dan nomal yang bekerja 5 hari seminggu. Sebabnya tak dak la pulak operasi untuk hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.

Kalau ikut kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, tujuan bas shutle ni adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, selain mengurangkan beban kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak. Saya pun dok congak-congak gak. Tak dapat di nafikan. Memang save la. Saya sempat menggunakan servis bas shutle ni untuk 2 hari. Sewaktu saya kerja malam. Memang menjimatkan kos, paling tidak saya dah save untuk tol jambatan dan juga minyak. Cumanya, kena la korban masa. Percaya atau tidak, saya kena korban masa selama 2 jam untuk perjalanan ke tempat kerja. Keluar dari rumah jam 5 petang untuk bas 5.39pm dan sampai kat tempat keja jam 6.45pm. Balik pulak, memang cepat. Tak sampai pun 45min. Biasalah. Pro dan kontra. Dari pemerhatian saya, majoriti yang menyahut seruan ni terdiri daripada bangsa cina. Rata-rata mereka bukan pekerja bawahan. Kira level diorang tu dalam pertengahan dan mungkin atasan. Orang melayu, kureng la sikit. Saya nak menyeru la pada orang-orang melayu yang kerja kat Bayan Lepas, apa kata kalau kita ubah sikit persepsi kita dan kita sahut seruan ni. Bukan untuk sapa, untuk kita juga. 


Kalau ada sambutan yang menggalakkan, rasanya waktu operasi akan dilanjutkan selain itu juga mungkin golongan sasaran juga akan dipertimbangkan. Pada saya, satu usaha yang baik la. Sekurang-kurangnya keselematan kita terjamin. Bukan kena bayor pun Free Of Charge. Kita dapatkan kurangkan pencemaran, kita dapat kurangkan kos sara hidup dan juga kita dapatkan kurangkan kesesakan selain dapat kurangkan peratus kemalangan. Tak gitu? Renung-renungkanlah. 

0 comments:

Post a Comment