Sekali lagi blogger berpeluang ke Padang Kota Lama. Saja la makan angin sikit. Kadang-kadang bila dah terlalu letih kerja, kepala otak pun kena rilek gak. Dok fokus sangat nanti pun, boleh biol gak jadinya. Just nak ceriter le apa yang menarik di sekeliling Padang Kota Lama. Bangunan yang kat sebelah tu, adalah Bangunan MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) Kalau malam lagi meriah bangunan ni. Siap dengan lampu "lip lap" aih! Bila siang-siang buang karan ja kalau pasang lampu. Bukan orang nampak pun. Betoi dak?
Batu asas macam batu peringatan la agaknya yang menyemadikan senarai mereka yang telah terkorban semasa perang dunia I, II dan lain-lain lagi. Batu ini telah dibangunkan oleh Persatuan Veteran Pulau Pinang. Sebagai tanda ingatan yang tulus ikhlas kepada pejuang-pejuang yang telah terkorban dalam mempertahankan Pulau Pinang. Tercatat jumlah pejuang yang terkorban kat batu asas tersebut. Tapi korang bleh amik gambar dari luar pagar ja.


Mercu tanda Padang Kota Lama.....
0 comments:
Post a Comment