Tuesday, April 26, 2011

Hurry! DiGi's giving away Honda City and iPad EACH WEEK. That's right. And all you need is just one subscription! Try today! #DiGiSenang2Menang

Hurry! DiGi's giving away Honda City and iPad EACH WEEK. That's right. And all you need is just one subscription! Try today! #DiGiSenang2Menang

Monday, April 18, 2011

My Penang Project: Laksa Buyong Kak Noor, Penang

Saja nak ubah selera sikit. Kali ni, saya bawak korang semua menikmati makanan istimewa kat Penang ni. Laksa Buyong ni memang top kat area Penang ni. Kalau korang dah datang sini tak salah kalau mai pekena sekali Laksa ni.

 Gerai ni terletak di Area Bukit Jambul, kalau yang datang menginap kat Vistana Hotel Penang ni, boleh le meh pekena. Sebab Astaka makanan tersebut terletak di belakang Hotel Vistana tu ja. Cer tengok Kompleks Lebuh Nipah tuh, gerai Laksa Buyong Kak Noor tu terletak kat situ la.
 Kain rentang mercu tanda Laksa Buyong Kak Noor Penang.
 Special made dengan menggunakan buyong. Baru betul-betul Laksa Buyong.
Lokasi: Belakang Vistana Hotel. Terletak di Komplek Lebuh Nipah. Meh le try pekena....

Gambar: Kredit untuk Encik Zuls Burger Penang




Friday, April 15, 2011

Petikan Akhbar Sinar Harian: SKMM beri 10,700 netbook percuma kepada pelajar Pulau Pinang

NIBONG TEBAL - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Wilayah Utara (SKMM) akan memberikan komputer Netbook 1Malaysia secara percuma kepada 10,700 pelajar sekolah di Pulau Pinang dalam fasa pertama sumbangannya, bermula hari ini. 

Pengarahnya, Mohd Hussin Ali, berkata pengagihan komputer netbook itu akan dibuat secara berperingkat bermula di sini dan akan diperluas ke seluruh negeri mengikut daerah.
Menurutnya, pemberian itu adalah usaha merapatkan jurang digital di kalangan pelajar bandar dan luar bandar selain memberi peluang golongan pelajar menikmati kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). 
"Netbook itu perlu dimanfaatkan khususnya bagi meningkatkan pengetahuan digital dan ICT sebagai alat bantuan pembelajaran," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah di sini. 

Majlis itu dirasmikan oleh Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman. 

Mohd Hussin berkata, bantuan itu juga bertujuan meringankan bebanan ibu bapa yang berpendapatan rendah untuk membeli komputer kepada anak-anak mereka. 

"Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab pelajar untuk menghargai sumbangan Kerajaan Pusat itu dan menjaga peralatan itu dengan cermat untuk dikongsi bersama dengan anggota keluarga," katanya. 
Menurutnya, pemberian netbook itu juga usaha SKMM untuk membantu matlamat mencapai sasaran 50 peratus penembusan jalur lebar di kalangan isi rumah menjelang akhir tahun ini termasuk membudayakan ICT agar menjadi gaya hidup rakyat. - Bernama

Friday, April 8, 2011

MyPenang Project: Event Sekitar Bulan April Kat Penang

1st bermula 8hb April - 24hb April, berlangsung Fashion Glam kat Sunway Carnival. Kepada yang meminati fashion, ni la peluang terbaik untuk menyaksikan idea terkini dan ter'latest' fashion semasa. Maklumat lanjut boleh lah layari web ini: Sunway Carnival Seberang Jaya, Penang



Coming up next, 9hb - 10hb April, 2011 - Ekspo Kerjaya - 9th Penang Career & Postgraduate Expo akan diadakan di PISA (Penang International Sports Arena). Mereka yang sedang mencari kerja ke apa ke, inilah peluang terbaik untuk membina kareer anda. Maklumat lanjut boleh surf kat sini: 9th Penang Career & Postgraduate Expo. Kalau ada luck, mungkin dapat notebook sebijik - Lucky Draw.


Next - MLTR Concert In Tour (Micheal Learn To Rock) akan mengadakan konsert tour diorang kat PISA Penang pada 22hb April ini. Mesti best. Maklumat lanjut boleh surf kat sini: MLTR at PISA

Hmmp!! Memang banyak event kat Penang sepanjang bulan April ini. Last but not least, 29hb April - 1hb Mei, 2011, Festival Boria 1Malaysia yang akan berlangsung di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Dalam usaha memartabatkan seni warisan Pulau Mutiara. Maklumat lanjut boleh la ke: KPKK


So, kepada siapa-siapa yang mai Penang ni, kena time dia, kena waktu dia...boleh le amik kesempatan ni.....

Tuesday, April 5, 2011

My Penang Project: The 9th Penang Career & Postgraduate Expo 2011 is coming!!!

Ha....Ni ada peluang baik untuk semua yang berada di Penang....Jangan lupa kita beramai-ramai serbu PISA untuk Penang Career & Postgraduate Expo.....Maklumat lanjut semua kat bawah....



Do you know that The 9th Penang Career & Postgraduate Expo 2011 will be held at PISA Penang from the 09 -10 April 2011. Well this is a great opportunity for all Job Seekers and post graduates to be looking out for their dream jobs.

We will be there to place you in our latest job offering from 10.00 am to 6.00 pm at BOOTH E2.
So let's gear-up, get your resumes or CVs updated now... Bring them along and pass them to us, preferably in softcopy, if not hardcopies. Meet up with our Recruitment Consultants for any career advice, at PISA Penang. We will be at Booth E2. We may place you in our latest job offering.

My Penang Project: Festival Boria 1Malaysia

Sebagaimana yang semua orang dah maklum, Festival Boria 1Malaysia akan diadakan di sebuah perkampungan yang sangat indah menarik tertarik kau memang da' bomb iaitu Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pada 29hb April - 1hb Mei, 2011.Jam 10pagi sampai lah ke malam (lebih kurang 11malam kot) kalau ikut depa dok promosi la kan. Kategori? Ada 3 kategori, Kanak-kanak bawah umur 12 tahun (7-12 saja), bawah pada 7 tahun, tak ada ye. Harap maklum. Kategori REMAJA (hat ni yang depa dok fokus ni) yang berumur bawah 20 tahun  (13-20 sajeee), kategori dewasa (veteren sekali la kot) 16 tahun ke atas

Info dan maklumat lanjut boleh la klik pada gambar-gambar tu semua. Cuma saya masih tak boleh nak tahan ada satu ayat....Yevah! Rancak! Yaribba!.....Ayat ni kan, membuatkan saya teringat kat rakan FB yang menggunakan nickname
Warisan Melayu, kalau dia online saja, mesti ayat tu yang selalu dia guna. 

Festival Boria 1Malaysia ini adalah kerjasama  di antara Kementerian Penerangan dan Komunikasi Malaysia dan di bawah kelolan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang.
Syarat-syarat penyertaan boleh le jenguk kat sini:- Syarat-syaratnya, tapi dah tutup dah. Blog ini ter'update' lambat sikit. Baik untuk kategori kanak-kanak maupun terbuka. Jadi, apa kita dok pikiaq lagi? Mai la ramai-ramai penuhkan Kampung Seronok pada 29hb April, 2011 (Jumaat) sampai 1hb Mei (Ahad dan Hari Pekerja).