Saturday, March 19, 2011

My Penang Project: Park N Ride Program


Just nak share dengan semua la aktiviti terkini yang berlaku kat Penang ni. Mulai entri ni jugak tak dak lagi dah kata nama blogger. Nak tukaq pakai saya pulak. Hahaha, selalu dok tersasul, lepas tu macam chewi la sikit kan. Ok, saya pun malas nak buang masa banyak-banyak. Sebab la pun dah habis masa banyak kat dalam bas ni. Sebut pasal bas ni kan, saya nak crtita (cer citer, cer citer) pasal program park n ride ni.

Program park n ride ni kira projek ekperimentasi Kerajaan Pulau Pinang dengan usahasama Rapid Penang dalam menyediakan perkhidmatan bas shutle dari Seberang Perai ke kawasan perindustrian Bayan Lepas. Yang bestnya pulak, perkhidmatan percuma. So sapa-sapa yang bekerja kat Bayan Lepas mungkin boleh pertimbangkan lah kalau nak guna bas shutle ni. Tapi buat masa sekarang ni belum ada tempat parking yang khusus la. Saya pun parking kat sebelah Restoren Nasi Kandar Kassim Mustafa ja. Perkhidmatan ni kira mencakupi hampir kesemua kawasan perindustrian Bayan Lepas ini termasuk Fasa 1,2,3 dan 4. Operasi pulak ada dua sesi. Sesi pagi yang bermula pada jam 5.30am dari Sunway Carnival sampai jam 8.30am. Sesi petang pulak bermula jam 4.30pm dari Bukit Jambul sampai la jam 7.30pm.  Kalau tengok pada jadual perjalanan tu, advantage kepada yang kerja pagi dan nomal yang bekerja 5 hari seminggu. Sebabnya tak dak la pulak operasi untuk hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.

Kalau ikut kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, tujuan bas shutle ni adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, selain mengurangkan beban kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak. Saya pun dok congak-congak gak. Tak dapat di nafikan. Memang save la. Saya sempat menggunakan servis bas shutle ni untuk 2 hari. Sewaktu saya kerja malam. Memang menjimatkan kos, paling tidak saya dah save untuk tol jambatan dan juga minyak. Cumanya, kena la korban masa. Percaya atau tidak, saya kena korban masa selama 2 jam untuk perjalanan ke tempat kerja. Keluar dari rumah jam 5 petang untuk bas 5.39pm dan sampai kat tempat keja jam 6.45pm. Balik pulak, memang cepat. Tak sampai pun 45min. Biasalah. Pro dan kontra. Dari pemerhatian saya, majoriti yang menyahut seruan ni terdiri daripada bangsa cina. Rata-rata mereka bukan pekerja bawahan. Kira level diorang tu dalam pertengahan dan mungkin atasan. Orang melayu, kureng la sikit. Saya nak menyeru la pada orang-orang melayu yang kerja kat Bayan Lepas, apa kata kalau kita ubah sikit persepsi kita dan kita sahut seruan ni. Bukan untuk sapa, untuk kita juga. 


Kalau ada sambutan yang menggalakkan, rasanya waktu operasi akan dilanjutkan selain itu juga mungkin golongan sasaran juga akan dipertimbangkan. Pada saya, satu usaha yang baik la. Sekurang-kurangnya keselematan kita terjamin. Bukan kena bayor pun Free Of Charge. Kita dapatkan kurangkan pencemaran, kita dapat kurangkan kos sara hidup dan juga kita dapatkan kurangkan kesesakan selain dapat kurangkan peratus kemalangan. Tak gitu? Renung-renungkanlah. 

Wednesday, March 9, 2011

My Penang Project: Nasi Kandar

Tu dia, dok habaq mai. Nasi Kandaq, lepas kena mesti tersandaq, orang lalu pun tak sedaq. Kena kalu macam ni, mau 2 3 hari tangan dok bau kari. Terangkat jangan habaq la. Aroma dan Aura Nasi Kandar ni dah macam inspirasi kat semua pengusaha restoren. Kat Pulau Pinang ni saja, mau beratus gak restoren Nasi Kandar. Kalau kat Seberang Prai ni, Nasmir kat Autocity ngan Bandar PERDA kira habis dasat la. Lain-lain ada lagi. Penang? Jangan dok cerita la. Merata corok ada. Sampai tak tau nak pilih. Yang best, setiap restoren Nasi Kandar ada trademark® tersendiri. 

Biasalah, sure ada yang special kira paten restoren. 
Meh le kita share sikit info pasal Nasi Kandar ni. Asal Nasi Kandar ni kalau ikut salasilah bermula di Pulau Pinang. Kira hidangan nasi kukus yang dihidangkan bersama kuah kari campur. Variasi kari dan hidangan sampingan. Nama Nasi Kandar tu asalnya kalau ikut cerita orang tua-tua, timbul apabila terlihat penjaja yang mengandar tiang yang ada dua bekas nasi. Tu yang dapat nama Nasi Kandar.  Macam biasa le, pelopor kepada restoren Nasi Kandar terdiri daripada masyarakat "India Muslim". Tak sah kalau makan Nasi Kandar tanpa menu utama iaitu kari campur. Hahaha! Hat lain, aku malas nak cerita. (cer cerita, cer crita...). Lauk yang sangat popular, ayam dan daging bersama sayur kobis. Pergh! yang penting..Kuah campurnya...

Kalau mai Penang, tak pekena nasi kandar, ish! ish! tak cukup syarat. Antara yang paling popular, Nana Nasi Kandar (Kampung Jawa, Bayan Lepas), Makbul, Kassim Mustafa dan Pelita (Jalan Tengah, Bayan Baru), Nasi Beratur (Kapitan Keling, Georgetown), Deen (Jelutong), Nasmir (Autocity Juru, Bandar Perda), Dinas (Batu Maung, Bayan Lepas), Zamrud (Bayan Baru) dan Nasi Kandar Berlian (Taman Nagasari, Prai). Ini kira hat top ranking la. Ada banyak lagi macam Subaidah, Shariff, Jamal dan macam-macam lagi la. Make sure jangan silap pi masuk restoren pulak. Kang naya ja. Dalam paper pun dok heboh sakan pasal kes "halalan thoiyiban". Kena gak berhati-hati. 

Pesan member-member, nak tau restoren tu hak milik Muslim ke tak, tengok pada hidangan yang ada, kalau tak ada kari daging lembu tuh, kira buat la pertimbangan sendiri. Blogger pulak, selalu gi lepak kat Nana Nasi Kandar. Sebab dia punya ayam bawang...pergh!! Mau meleleh ayaq liouq. Hahaha! So...Apa dok tunggu lagi? Mai La Pekena...Pasti Tidoq Lena, Tangan dok bau kari tak hilang punya. 


Sunday, March 6, 2011

My Penang Project: Bangunan Warisan MPPP

Amacam? Ada macam sinema filem tak gambar ni? Kalau nak tau ni lah Bangunan Warisan MPPP. Bangunan ni terletak di Padang Kota Lama (The Esplanade). Macam biasa le. Kadang-kadang kena le edit sikit gambor tu. Baru le nampak ada selera nak tengok. Anyway, ini adalah project 2 in 1. Sambil mempromosikan Pulau Pinang, blogger juga sedang bereksprimentasi dengan AP CS3. Biar selari dengan info. Dalam erti kata lain, info bergambar. Ok? Basically, Bangunan Warisan MPPP ni merupakan salah satu mercu tanda yang terdapat di Pulau Pinang. Selain KOMTAR yang menjadi mercu tanda utama kepada Pulau Pinang, suatu masa dulu (blogger no komen). Hmmp! Tak banyak info yang blogger dapat pasal Bangunan MPPP ni. 


Selain dari nama Bangunan Warisan MPPP, bangunan ini di kenali sebagai City Hall of Georgetown. Dibina pada tahun 1903 dan dibuka secara rasmi pada 1906. Merupakan bangunan pertama di Georgetown Pulau Pinang yang dilengkapi dengan lampu elektrik dan kipas. Siapa yang memasang kelengkapan ini? Mereka ialah adik beradik Huttenbach. Di kenali sebagai Huttenbach Bros.  

Saturday, March 5, 2011

My Penang Project: Motor Fair - Queensbay Mall

Hehehe.. Siang tadi blogger sempat gi "rushing" ke Queensbay Mall, sebab nak tengok Motor Fair ni. Tapi tidak le semeriah Auto Show kat Juru Autocity tuh. Tapi cam biasa la, yang menarik perhatian semestinya awek/amoi yang jadi model kat kereta yang dipamerkan. Blogger pula? Sebenarnya blogger nak cari bahan untuk blog MyPenang-Project ni. Walaupun ada beberapa 'material' yang blogger standby, tapi blogger nak juga selang-seli dengan event semasa bagi nampak blog tu fresh dan sentiasa dikemaskini dengan current activity. Kebetulan pula Queensbay ada buat Motor Fair sampai esok (6/3/11). Last day. So, di kesempatan yang ada, blogger amik peluang ni untuk snap sebanyak mungkin foto kereta yang menarik. 

Cuma nak ingatkan, blogger bukan mampu nak beli Nikon ke, Canon ke DSLR ke, memang tak mampu. Dengan berbekalkan Samsung Omnia blogger, tu je yang mampu. Meh blogger citer sikit pasal Queensbay Mall ni. Seingat blogger la, Project ni lama terbengkalai, gara-gara pemecatan DSAI. Lepas pemecatan tu, terus project bangunan terbengkalai. Tapi belum dapat nama Queensbay lagi. Agak beberapa tahun, baru la project tu dibangunkan semula. Tahun 2006, Queensbay mula beroperasi untuk bisnes dan kepelbagaian. Secara ringkas, Queensbay Mall merupakan antara Mall yang terbesar, terpanjang dan antara Mall yang termoden yang di Penang. Anggaran keluasan 2.5juta kaki persegi dan lebar melebihi 1juta kaki persegi. Terletak di Bayan Lepas, hanya beberapa minit dari Jambatan Pulau Pinang dan menghadap ke laut. Sungguh menarik. Kalau yang suka menikmati keindahan alam semulajadi. Korang boleh le datang ke Queensbay. 

Antara kereta yang dipamerkan di Queensbay Motor Show. So, esok dah last day. Mai la ramai-ramai ke Queensbay tengok Motor Fair ni. Pasti menarik.

Thursday, March 3, 2011

My Penang Project: The Esplanade

Sekali lagi blogger berpeluang ke Padang Kota Lama. Saja la makan angin sikit. Kadang-kadang bila dah terlalu letih kerja, kepala otak pun kena rilek gak. Dok fokus sangat nanti pun, boleh biol gak jadinya. Just nak ceriter le apa yang menarik di sekeliling Padang Kota Lama. Bangunan yang kat sebelah tu, adalah Bangunan MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) Kalau malam lagi meriah bangunan ni. Siap dengan lampu "lip lap" aih! Bila siang-siang buang karan ja kalau pasang lampu. Bukan orang nampak pun. Betoi dak?


Batu asas macam batu peringatan la agaknya yang menyemadikan senarai mereka yang telah terkorban semasa perang dunia I, II dan lain-lain lagi. Batu ini telah dibangunkan oleh Persatuan Veteran Pulau Pinang. Sebagai tanda ingatan yang tulus ikhlas kepada pejuang-pejuang yang telah terkorban dalam mempertahankan Pulau Pinang. Tercatat jumlah pejuang yang terkorban kat batu asas tersebut. Tapi korang bleh amik gambar dari luar pagar ja. 

Pemandangan cantik yang korang boleh nikmati kalau datang berkunjung ke Padang Kota. Nak amik gambar kena tengok time air laut surut. Sebab time ni korang boleh le turun ke bawah sikit. Baru le boleh amik shot yang cantik-cantik. Menarik. Kalau tak jangan harap la. Tambah-tambah pada waktu angin kuat. Mau ombak mencecah lantai. Tengah dok makan pun boleh kena percikan ombak tuh. 

Masa gambar ni diambil, air laut mula pasang. Lagi pulak hari nak hujan. Ini pun kira amik masa sesingkat boleh nak dapatkan shot yang macam ni. Peluang hanya datang sekali. So, jangan lepaskan atau sia-siakan. Bukan senang nak dapat suasana macam ni.










Mercu tanda Padang Kota Lama.....